Home

Sunday 4 September 2011

Tips Pulihkan Hati Selepas Break Up

Assalamualaikum...
Hi readers!


Musim raya orang gembira tapi aku bersedih. Ahggghhh serabai lagi.
Kalaulah putus cinta tu macam putus tali kasut, aku rela putus tali kasut 15 kali.
But life must go on kan. So, ni la beberapa tips dari aku untuk sume readers yang baru break up, tengah break up dan bakal break up. Eh?


1. Menangislah sepuas hati.

Ni adalah benda paling common dibuat bila putus cinta baik lelaki atau pun perempuan. Ahh lelaki..korang xpayah tipu la yang korang xnangis bila awek yang kau puja lari ngan lelaki lain. Silap-silap jiran sebelah pun xleh tido sebab dengar kau nangis. Well, menangis tu sebenarnya adalah terapi untuk memujuk hati yang sedang bersedih. So, menangislah sampai air mata tu kering atau sehingga anda berasa lebih tenang. Tapi awas, jangan menangis sehingga menjadi buta seperti Kassim Selamat.

2. Dengar lagu jiwang/cinta korang

Untuk menambah effect yang lebih dramatik, layanlah lagu-lagu ketika anda bercinta dulu. Bukan apa, bila dengar lagu-lagu ni, mulalah teringat zaman dulu-dulu dan komfem menangis lagi. Ala aku memang saja nak bagi korang menangis, kan tu tip pulihkan hati yang paling utama. So lepas korang ngis tu, korang buat dialog lakonan penuh beremosi kat depan cermin tu sambil sebut "AKU MENANGIS, DIA TENGAH DATING DENGAN PEREMPUAN LAIN. SIAPA YANG XCERDIK NI HAH?" So, point kat sini aku nak cakap, xberbaloi korang ingat pasal dia. Dah, let it go.



3. Simpan semua hadiah/kad/teddy/kenangan yang dia bagi tu 

Bungkus je sume tu dalam plastik hitam. Aku tahu korang sayang nak buang. So, korang letak jerk menda tu bawah rumah. Jangan bawah katil, nanti korang mudah nak ambil balik. Selain tu, kalau ada teddy bear boleh la bagi kat anak jiran, xpun pergi jual kat bundle. Eh, bundle ada jual teddy bear ke?
Xpun, korang gali tanah, kambus sume menda tu dalam-dalam sambil laung kuat-kuat, cinta kita sudah berkubur. Sayonara.

4. Delete nombor phone dan mesej

Untuk apa lagi disimpan mesej sayang, rindu kalau sekadar di mesej. Alih-alih cari orang lain jugak dengan alasan anda terlalu baik. Well, kalau anda direject sebab terlalu baik, doakan jela dia dapat orang jahat. Dah dia jugak xnak orang baik kan? So, goodbye the buaya. Lagi bagus, korang block jerk nombor dia tu.

5. Banyakkan masa untuk keluarga dan kawan

Ini adalah masa untuk anda bergembira. Apa kata lepak-lepak dengan family, contact balik dengan member-member lama, shopping bersama, pergi camping ke, join persatuan ke...Ini adalah masa untuk anda merileks kan diri dan enjoy! Dan manalah tahu nanti anda terberkenalan dengan orang lain pula.



6. Berdoalah semoga ditemukan jodoh yang baik

Yup, the best tip! Berdoalah kepada Allah setiap masa agar anda ditemukan dengan jodoh yang terbaik. Anda break up mungkin ada hikmahnya. Manalah tahu si dia tu xcurang sekarang tapi curang lepas anda dah bagi semuanya kat dia. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui. Sebaik-baik peracangan, tiada yang sehebat pengetahuan-Nya. Dah, pergi kesat air mata, buang hingus, tenangkan diri dan tido. Single pun ok apa. Single bukannya bermaksud anda xlaku, tapi anda layak untuk mendapat yang lebih baik!